Beberapa bukti penting dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah diserahkan kepada pihak polis.
Peguam mewakili ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, Datuk Naran Singh berkata, pihaknya menyerahkan alat pemacu kilat USB (pendrive) mengandungi rakaman perbualan mengenai pendedahan seorang individu yang mendakwa berada di tempat kejadian.