Skip to main content

Advertisement

Pas Pilih PN | UMNO perlu pertahan pengundi tegar

Pas Pilih PN | UMNO perlu pertahan pengundi tegar

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian melihat UMNO perlu berusaha mempertahankan pengundi tegar mereka susulan Pas memilih Perikatan Nasional sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Cabaran juga terarah kepada UMNO untuk memastikan undi protes yang dilakukan terhadap mereka dalam PRU14 lalu dapat dikembalikan sepenuhnya bagi mengelakkan sokongan itu mengalir ke arah Pakatan Harapan (PH).