Skip to main content

Advertisement

Nancy arah siasat pemandu bas sekolah rakam murid perempuan

Nancy arah siasat pemandu bas sekolah rakam murid perempuan

Satu laporan polis akan dibuat terhadap seorang pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi sebuah hantaran di X pada Khamis berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.