Skip to main content

Advertisement

MSF desak Israel benarkan pemindahan pesakit dari Gaza

MSF desak Israel benarkan pemindahan pesakit dari Gaza

Badan perubatan kemanusiaan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengutuk keputusan Israel untuk menyekat pemindahan lapan peaskit kanak-kanak dan penjaga mereka dari Gaza ke Jordan pada Ahad.

Menerusi hantaran di X, MSF berkata, mereka telah memohon pemindahan untuk 32 kanak-kanak dan penjaga dari Gaza ke Jordan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun hanya enam yang dibenarkan keluar.