Skip to main content

Advertisement

Mitigasi Banjir | Shahidan sedia jawab ikut soal perundangan

Mitigasi Banjir | Shahidan sedia jawab ikut soal perundangan

Tidak ada masalah sekiranya ada pihak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, berhubung langkah mitigasi banjir yang melanda ibu kota.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau secara peribadi sedia untuk memberi penerangan tentang langkah yang sedang, dan akan dijalankan bagi menangani isu tersebut.

Namun, Shahidan berkata, sekiranya pihak berkenaan masih bertegas, maka kementerian juga akan bersedia dari segi soal perundangan.