Skip to main content

Advertisement

Misi mempelopor wilayah Sarawak sebagai 'Bateri Rantau Asia'

Misi mempelopor wilayah Sarawak sebagai 'Bateri Rantau Asia'

Sarawak Energy Berhad sekali lagi melakar kejayaan untuk dua tahun berturut-turut dalam peranannya memperjuangkan kelestarian alam serta membudayakan strategi pengurusan mampan apabila diberi pengiktirafan pada malam Anugerah Kelestarian Forward Faster 2024, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB). Dua pengiktirafan iaitu Anugerah Forward Faster (Kewangan dan Pelaburan) dibawah kategori syarikat besar serta Anugerah Tindakan Iklim bagi institusi bukan pelaburan dan bukan kewangan) membuktikan syarikat yang mempelopori industri tenaga di Bumi Kenyalang ini serius dengan komitmennya memacu aspirasi hijau wilayah itu yang semakin berkembang pesat di rantau Asia. Berkongsi intipati kejayaan, Astro AWANI menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datu Sharbini baru-baru ini.