Membendung COVID-19 | Sektor pendidikan & pekerjaan perlu difokuskan
Selain menumpukan kepada sektor pelancongan, kerajaan juga harus beri perhatian kepada beberapa sektor lain yang turut menyumbang kepada kenaikan kes COVID-19 dalam negara.
Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin, sektor pendidikan dan pekerjaan juga sebelum ini menyumbang kepada kluster terbesar dan ia harus diberikan penekanan penting.