Dalam membincangkan mengenai pembangunan vaksin, akses kepada vaksin ini juga perlu diberikan perhatian. Semalam, kita menyambut hari hak asasi antarabangsa, dan pastinya bercakap mengenai hak asasi ketika pandemik ini, adalah hak kesamarataan untuk dapatkan kualiti kesihatan yang baik. Dengan vaksin, dunia dilaporkan mampu untuk menang melawan COVID-19 ini. Dan untuk bercakap lebih lanjut mengenai bagaimana kita nak pastikan perkhidmatan kesihatan di negara kita ini adalah hak hakiki untuk semua, begitu juga dengan akses kepada vaksin ini, kita bersama Dato' Dr Madeline Berma / Pesuruhjaya SUHAKAM.