Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor

Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa.

Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.