Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lemas | Jenazah dua beradik, sepupu disemadi dalam satu liang lahad

Lemas | Jenazah dua beradik, sepupu disemadi dalam satu liang lahad

Jenazah tiga sekeluarga yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Changkah Ulu Seladang, Setiu pada Jumaat disemadikan dalam satu liang lahad awal pagi tadi.

Jenazah Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 tahun, Syariatul Noor Syafika Mohd Dera, 26 tahun serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras kira-kira jam 4.30 pagi.