Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Leburaya SUKE | Kaji reka bentuk sesuai untuk ubah anjakan

Leburaya SUKE | Kaji reka bentuk sesuai untuk ubah anjakan

Bahagian operasi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bersama perunding sedang mengkaji reka bentuk sesuai untuk mengubah tanjakan susur keluar ke Leburaya Cheras-Kajang, berdekatan lampu isyarat PGA, Jalan Medan Masria, kepada dua lorong.

Menurut kenyataan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) langkah itu akan membantu mengurangkan tempoh masa beratur dan membenarkan lebih banyak kenderaan keluar dari tanjakan itu pada satu-satu masa.