Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

La Nina & IOD | Hujan lebat berterusan melanda Pantai Timur malam ini

La Nina & IOD | Hujan lebat berterusan melanda Pantai Timur malam ini

Taburan hujan yang sangat tinggi dan berterusan dijangka berlaku tengah malam ini di sekitar Pantai Timur negara.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, berdasarkan ramalan dari model Global Nullschool.Net, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) menyebabkan peningkatan jumlah hujan dan banjir besar di Pantai Timur.