Kuasa pengampunan Raja-raja Melayu kekal, keputusan cetus perhatian
Peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata salah satu kuasa yang masih kekal pada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu ialah kuasa untuk memberikan pengampunan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Sejak sekian lama, terdapat usaha oleh beberapa ahli politik termasuk Perdana Menteri terdahulu untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu, dan sebahagian kuasa Raja-raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong didakwa telah berkurang berbanding kedudukan asal.
Walaubagaimanapun, kuasa berkaitan pengampunan tidak pernah dikurangkan dan kekal sebagai kuasa mutlak Raja-raja Melayu. Namun, keputusan yang dibuat pada hari ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu perkembangan yang mencerminkan pengurangan terhadap kekuasaan Raja-raja Melayu.
#AWANInews