Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KPDN tampil dengan pelan komprehensif konsortium Rahmah

KPDN tampil dengan pelan komprehensif konsortium Rahmah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk menubuhkan sebuah konsortium rahmah dalam mewujudkan lebih banyak inisiatif di masa akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu pelaksanaan dijangka bermula dalam masa tiga bulan dari sekarang.