Kongres PKR | Pemilihan kerusi MPP, AMK & Wanita jadi tumpuan
Pemilihan bagi kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta 20 kerusi untuk Majlis Pimpinan AMK dan 20 kerusi untuk majlis pimpinan wanita antara tumpuan Kongres Nasional Ke-16 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula hari ini.
Ini adalah kali pertama kongres diadakan dengan kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lepas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.