Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Khazanah akan terus menyokong MAB hingga 2025

Khazanah akan terus menyokong MAB hingga 2025

Khazanah Nasional Bhd berkata ia akan terus menyokong Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk dua tahun akan datang walaupun syarikat penerbangan nasional itu telah melihat aliran tunainya positif buat kali pertama sejak pandemik Covid-19. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berharap syarikat penerbangan itu dapat terus menambah baik amalan perniagaannya dan mengutamakan pelanggan bergerak ke hadapan. Beliau berkata rancangan itu masih diteruskan untuk Khazanah menyokong MAB sehingga 2025.