Skip to main content

Advertisement

Kesihatan | Ancaman malaria di Malaysia

Kesihatan | Ancaman malaria di Malaysia

Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman mengulas situasi di Pulau Pinang kini yang menghadapi kemelut urban malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.

Ekoran itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Ma'arof Sudin sebelum ini dilaporkan berkata, majikan sektor swasta yang mempunyai pekerja warga asing perlu memberikan maklumat pekerja mereka dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan supaya pihaknya mempunyai rekod.