Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kesatuan Eropah lulus geran RM9.5 juta untuk kajian sektor pelabuhan dan maritim di Perak

Kesatuan Eropah lulus geran RM9.5 juta untuk kajian sektor pelabuhan dan maritim di Perak

Kesatuan Eropah (EU) meluluskan geran berjumlah RM9.5 juta kepada pelabuhan antarabangsa Antwerp-Bruges (POABI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNKPK) bagi melaksanakan kajian potensi negeri itu dalam sektor pelabuhan dan maritim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, geran itu bertujuan untuk menjalankan kajian terhadap daya tarikan Malaysia dalam dua sektor tersebut serta memaparkan data-data mengenai kesesuaian lumut sebagai pusat logistik dan pengangkutan antarabangsa.