Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes Cradle Fund | Samirah, dua anak dibebas, dilepas mahkamah

Kes Cradle Fund | Samirah, dua anak dibebas, dilepas mahkamah

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Samirah Muzaffar bersama dua anaknya, dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, yang juga balu Allahyarham Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.