Skip to main content

Advertisement

Kerajaan umum peruntukan RM1 juta kepada CUEPACS dan MTUC

Kerajaan umum peruntukan RM1 juta kepada CUEPACS dan MTUC

Kerajaan bersetuju memberi peruntukan sejumlah RM1 juta ringgit, masing-masing kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu bertujuan memastikan pengurusan kedua-dua pertubuhan itu menjadi lebih kemas.

Tambah beliau lagi, peruntukan ini merupakan peruntukan awal dan permulaan kepada Kesatuan Pekerja di Malaysia.