Skip to main content

Advertisement

Kerajaan tingkat pendakwaan penjawat awam bersubahat

Kerajaan tingkat pendakwaan penjawat awam bersubahat

Kerajaan akan meningkatkan usaha dalam mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada sidang media berkaitan laporan tahunan pemerdagangan orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023 di Putrajaa, Saifuddin berkata perkara itu menjadi keutamaan kerajaan apabila ia merupakan antara 15 syor penambahbaikan yang dikemukakan dalam laporan JNAS.