Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan Perpaduan | Perdana Menteri dicadang tekankan pembinaan negara bangsa

Kerajaan Perpaduan | Perdana Menteri dicadang tekankan pembinaan negara bangsa

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menekankan pembinaan negara bangsa dan bukan hanya tumpu kepada pembangunan material.

Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Malaysia perlu belajar daripada pengalaman negara seperti Jepun dan Korea yang tidak mengorbankan negara bangsa terutama dalam konteks bahasa serta budaya.