Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan Baharu | Kerjasama BN-PH kecewakan Melayu - Shahidan

Kerajaan Baharu | Kerjasama BN-PH kecewakan Melayu - Shahidan

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk bersama-sama dalam kerajaan yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengecewakan akar umbi UMNO dan orang Melayu.

Menurut bekas Menteri Wilayah itu, tindakan berkenaan turut mengkhianati keputusan Majlis Kerja Tertinggi serta Perhimpunan Agung UMNO yang tegas menyatakan bahawa 'tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Anwar dan parti DAP'.