Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kembali ke Sekolah | Lapan guru kembali bertugas naik helikopter

Kembali ke Sekolah | Lapan guru kembali bertugas naik helikopter

Menjelang pembukaan semula sesi persekolahan esok selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Lapan guru yang mengajar di sekolah sekitar Mukim Tatalaan, Nabawan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pangaraan kembali bertugas ke kawasan masing-masing dengan menaiki dua helikopter pada Ahad.

Ia disewa khas oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup berikutan jalan darat yang terputus akibat banjir baru-baru ini.