Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kemalangan | Pemandu lori lawan arus direman empat hari

Kemalangan | Pemandu lori lawan arus direman empat hari

Pemandu lori yang dipercayai memandu melawan arus dan berada bawah pengaruh alkohol di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, petang Selasa, direman selama empat hari mulai Rabu.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.