Skip to main content

Advertisement

Kebakaran gas Putra Heights: 219 ketua isi rumah selesai terima bantuan kewangan segera - Amirudin

Kebakaran gas Putra Heights: 219 ketua isi rumah selesai terima bantuan kewangan segera - Amirudin

Sebanyak 219 daripada 469 ketua isi rumah yang terbabit dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights telah menerima bantuan segera. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyatakan bahawa proses pengesahan mangsa akan dimuktamadkan menjelang Jumaat ini untuk memastikan tiada keciciran bantuan.