Skip to main content

Advertisement

Kaji Selidik MARS: 60 peratus responden langsung tidak kisah tentang persaraan

Kaji Selidik MARS: 60 peratus responden langsung tidak kisah tentang persaraan

Sekitar 37 peratus daripada 6,818 responden kajian Malaysian Ageing and Retirement Survey (MARS) tidak begitu memikirkan tentang pelan persaraan mereka, 23 peratus mungkin akan tukar persekitaran kerja; manakala 21 peratus lagi akan terus bekerja sehingga kesihatan tidak mengizinkan. Hasil cerapan ke atas responden yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu - 40 hingga 49 tahun; 50 hingga 59 tahun; dan 60 hingga 69 tahun – lebih dari 60 peratus mengatakan mereka jarang sekali atau langsung tidak pernah memikirkan tentang persaraan.