Skip to main content

Advertisement

Justin Trudeau dijangka umumkan perletakan jawatan

Justin Trudeau dijangka umumkan perletakan jawatan

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dijangka meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Liberal seawal Isnin, menurut laporan The Globe and Mail pada Ahad berdasarkan maklumat daripada tiga sumber.

Sumber-sumber itu menyatakan bahawa tarikh pengumuman rancangan Trudeau untuk berundur masih tidak pasti, tetapi mereka menjangkakan ia akan dibuat sebelum mesyuarat penting kaukus nasional pada hari Rabu.