Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin

Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin

Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin di atas usaha beliau mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara dan sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan.

Anugerah "Grand Collar Order of the State of Palestine'’ disampaikan oleh utusan khas Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Riyad Al Maliki kepada Joko Widodo atau Jokowi dalam satu majlis di Istana Merdeka, Jakarta pada Isnin.