Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jiwa SME | Rezeki Nasi Ayam Budak Gemok viral

Jiwa SME | Rezeki Nasi Ayam Budak Gemok viral

Gabungan nama menarik dan kaedah pemasaran atas talian dianggap strategi baru yang boleh mempengaruhi jatuh bangun sesuatu perniagaan.

Menyedari hakikat itu, seorang suri rumah mengambil inisiatif membuka perniagaan Nasi Ayam Budak Gemok pada 2019 walaupun ketika itu masyarakat baru berjinak dengan dunia 'online'.

Pemilik Nasi Ayam Budak Gemok di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Amilia Ismail, 38, berkata cubaan memanfaatkan platform 'online' ketika pandemik COVID-19 melanda negara membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang dan viral di media sosial.