Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jiwa SME: Penggunaan dapur kayu tingkat pendapatan perniagaan pizza hampir lima kali ganda

Jiwa SME: Penggunaan dapur kayu tingkat pendapatan perniagaan pizza hampir lima kali ganda

Nazalina Alias, seorang usahawan berusia 50 tahun dari Kampung Alor Tempoyak, Dungun, memulakan perniagaan pizza dengan menggunakan oven elektrik bersama suaminya, Mohd Noor Awang, 60 tahun, dan dibantu oleh lima anak mereka dengan modal sebanyak RM3,000.

Pada peringkat awal perniagaannya, pelanggan terhad hanya dari kalangan penduduk di kawasan kejiranan. Namun, dengan penggunaan dapur kayu tradisional yang bermula empat tahun lalu, jenama "Pizza Kayu Api Alor Poyok" melonjak naik.