Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

JDT belasah Kelantan Darul Naim FC 9-0

JDT belasah Kelantan Darul Naim FC 9-0

Mesin gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, mengganas dengan lima jaringan untuk membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan ini mengekalkan rekod bersih JDT selepas 23 perlawanan, mengumpul 67 mata, manakala KDN FC terus bergelut di dasar kedudukan dengan tujuh mata.