Skip to main content

Advertisement

Isu tajaan arak, KPM perlu tegas - Wan Fayhsal

Isu tajaan arak, KPM perlu tegas - Wan Fayhsal

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu tegas dalam isu penajaan arak di sekolah vernakular dan tidak membuat sebarang pusingan U demi memenuhi kehendak beberapa pihak berkepentingan.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut tidak boleh terus menjadi normalisasi dalam masyarakat kerana berupaya menjadi ancaman dan memberi implikasi buruk dalam kehidupan.