Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Isu kapal PETRONAS dikepung nelayan Indonesia diselesai secara baik - PM

Isu kapal PETRONAS dikepung nelayan Indonesia diselesai secara baik - PM

Insiden kapal milik PETRONAS yang dikepung dan dihalau sekumpulan bot nelayan di perairan berhampiran Ketapang, Pulau Madura, Indonesia, baru-baru ini telah diselesaikan secara baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil serius isu berkenaan, namun menegaskan, insiden itu belum mencapai tahap yang memerlukan ia dibangkitkan kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto.