Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Istana Johor | Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini

Istana Johor | Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai hari ini

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, pada Khamis.