Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Iran berdepan krisis air, Tehran mungkin dicatu

Iran berdepan krisis air, Tehran mungkin dicatu

Iran sedang berdepan krisis air terburuk dalam beberapa dekad apabila kemarau enam tahun berturut-turut dan gelombang haba ekstrem menyebabkan sumber air merosot ke tahap kritikal. Presiden Masoud Pezeshkian memberi amaran bahawa Tehran mungkin menghadapi catuan air atau pemindahan penduduk jika hujan tidak turun dalam masa terdekat. Setakat November, 19 empangan hampir kering sepenuhnya manakala empangan utama yang membekalkan air kepada Tehran berada pada kapasiti sekitar 10 peratus.