Skip to main content

Advertisement

Inflasi | Cari penyelesaian terbaik, rangka strategi Bajet 2023

Inflasi | Cari penyelesaian terbaik, rangka strategi Bajet 2023

Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai kadar inflasi negara dan berusaha mencari penyelesaian terbaik, termasuk merangka strategi baharu menerusi Bajet 2023.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, kadar inflasi di Malaysia tidak berada pada paras yang tinggi berbanding negara jiran dan terkawal berikutan perbelanjaan subsidi yang besar oleh kerajaan.