Skip to main content

Advertisement

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa siasatan terhadap Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd masih diteruskan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menyatakan bahawa sehingga 7 Februari 2025, sebanyak 141 laporan polis telah diterima, membabitkan kerugian berjumlah 3 juta ringgit akibat penipuan pakej umrah.