Skip to main content

Advertisement

Harris mungkin ubah pendirian AS terhadap perang Gaza

Harris mungkin ubah pendirian AS terhadap perang Gaza

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, dijangka meneruskan sebahagian besar dasar luar Presiden Joe Biden, tetapi pendiriannya terhadap perang Israel di Gaza mungkin berbeza.

Media antarabangsa melaporkan Harris menunjukkan kesediaan untuk mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka dan menyatakan empati terhadap orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.