Skip to main content

Advertisement

Hari Belia Negara | Kerajaan umum kategori anugerah baharu

Hari Belia Negara | Kerajaan umum kategori anugerah baharu

Kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan kategori anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun ini sebagai
inisiatif menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Perutusan Bersempena Hari Belia Negara 2022 pada Ahad.