Skip to main content

Advertisement

GPS bakal sertai Kabinet Pusat

GPS bakal sertai Kabinet Pusat

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan, ada dalam kalangan wakil parti itu akan menyertai Kabinet Persekutuan.

Ia merupakan kali pertama anggota Parlimen GPS dilantik menggalas jawatan tersebut, selepas ditubuhkan dua tahun lalu.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan anggota Parlimen terbabit, sebaliknya menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk umumkannya.