Skip to main content

Advertisement

'Glowbox' inisiatif baharu perkasa teknik pemasaran

'Glowbox' inisiatif baharu perkasa teknik pemasaran

Glowbox menjadi antara produk terbaharu dalam industri pemasaran sebagai usaha membantu golongan usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata, inisiatif itu merupakan satu lagi mercu tanda bagi golongan berkenaan untuk dimanfaatkan sempena hari usahawan negara menjelang November ini.