Gaya Hidup | Bangunan terbiar Sepanyol jadi pilihan anak muda
Ramai memiliki idaman untuk membeli rumah di tengah bandar atau tidak kurang, di kawasan yang mempunyai lebih banyak akses dan tidak jauh dari pusat bandar.
Namun, tidak bagi dua beradik ini yang lebih tertarik untuk membeli rumah di wilayah Galicia, di barat laut Sepanyol yang bukan sahaja terpencil, malah ia merupakan bangunan yang terbiar.
Faktor harga rumah yang semakin mahal di bandar besar dan terlalu banyak kawasan perkampungan yang tidak berpenghuni membuatkan mereka memilih wilayah Galicia.