Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gangguan Air | Lebih 20 tangki air disediakan untuk penduduk Miri

Gangguan Air | Lebih 20 tangki air disediakan untuk penduduk Miri

Sebanyak 23 lori tangki air telah disediakan untuk menampung keperluan harian lebih 80 peratus penduduk Miri yang terputus bekalan air sejak empat hari lalu.

Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, pihaknya turut mendapatkan bekalan air daripada bahagian lain yang terdekat termasuk Mukah, Bintulu dan Kapit.

Bekalan air ini diutamakan kepada premis kritikal seperti hospital, institusi pendidikan, dan di setiap kawasan kediaman penduduk.