Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Galven Green raih kejuaraan pertama golf profesional

Galven Green raih kejuaraan pertama golf profesional

Galven Green meraih kejuaraan golf profesional pertamanya apabila dinobatkan juara Piala Alphard dalam Jelajah Toyota di Kota Seri Emas, Golf And Country Club di Nilai, Negeri Sembilan.

Adik bongsu kepada pemain golf profesional terbaik negara, Gavin Green itu, bagaimanapun diheret ke saingan play-off selepas terikat bersama Paul San dengan catatan 207 pukulan, sembilan di bawah par.