Skip to main content

Advertisement

Fase Endemik | Indonesia dan Brunei tangguh pembukaan sempadan

Fase Endemik | Indonesia dan Brunei tangguh pembukaan sempadan

Indonesia masih tidak membenarkan warganya, terutama di Kalimantan untuk masuk ke Sarawak meskipun sempadan negara dibuka esok.

Sementara Brunei Darussalam menangguhkan pembukaan sempadan negara itu sehingga 15 April 2022.

Jelas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, arahan Indonesia ini mungkin tidak melibatkan warga negara lain termasuk Malaysia yang mahu masuk ke negara ini dari Indonesia.