Skip to main content

Advertisement

ESG | Pendapatan isi rumah RM10,000 mampu dicapai

ESG | Pendapatan isi rumah RM10,000 mampu dicapai

Kerajaan yakin sasaran pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 sebulan menjelang 2025 mampu dicapai berikutan pelbagai strategi yang diperkenalkan untuk memulih dan memperkukuh asas ekonomi, terutama melalui pelaksanaan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjelaskan fokus kepada ESG dan kemampanan adalah tepat ketika negara sedang menavigasi landskap belum pernah berlaku sebelum ini yang boleh membawa kepada ketidaksamaan sosial serta jurang kekayaan melebar.