Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Empat penuntut ditahan, ganja hampir dua kilogram dirampas

Empat penuntut ditahan, ganja hampir dua kilogram dirampas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat penuntut sebuah universiti dan merampas ganja, seberat hampir dua kilogram di sebuah rumah di Seri Iskandar, petang Khamis. Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dalam kenyataannya berkata, dua penuntut lelaki dan dua perempuan, kesemuanya warga tempatan, berumur antara 20 hingga 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah kira-kira jam 1.40 petang.