Skip to main content

Advertisement

Edar Dadah | Wadar penjara dan rakan mengaku tidak bersalah

Edar Dadah | Wadar penjara dan rakan mengaku tidak bersalah

Seorang wadar penjara bersama rakannya seorang penganggur berhadapan hukuman gantung kerana mengedar dadah di Beseri, Padang Besar pada 4 Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Hasif Abdul Rahim, 27 tahun, dan Mohd Farhan Abdul Aziz, 37 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah dan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahkamah Kangar, Siti Norhasliza Md Ali.