Skip to main content

Advertisement

Doktor Gigi Haram | KKM sukar siasat, minta orang ramai beri maklumat

Doktor Gigi Haram | KKM sukar siasat, minta orang ramai beri maklumat

Orang ramai yang pernah mendapatkan rawatan daripada pengamal pergigian haram disaran tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut mengenai khidmat doktor gigi tidak bertauliah.

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM , Dr Noormi Othman berkata pihaknya percaya kontrak perjanjian yang dilakukan bersama doktor tidak bertauliah itu antara faktor mangsa enggan membuat laporan sehingga menyukarkan siasatan dijalankan.